L'arome Apple Stem Cell: MAKAN MALAM BERKHASIAT DAN ENAK

Sunday, November 30, 2014

MAKAN MALAM BERKHASIAT DAN ENAK


SALAD BUAH-BUAHAN SEGAR

Bahan-bahan:

100g nanas, kupas, potong bentuk segitiga kecil atau potong dadu.

100g melon, kupas potong dadu atau buat bentuk bulat.

100g strawberi segar, cuci bersih dan belah empat.

Sebiji oren, kupas dan potong empat kecil.
100 g buah kiwi, kupas, bersihkan dan dipotong-potong.


Bahan untuk sos, digaul rata:

250g yoghurt tawar

2 sudu besar madu

Sedikit mayonnaise atau susu pekat manis



Cara Membuatnya:

Campurkan ke semua buah-buahan itu, simpan dalam peti sejuk sehingga mahu dihidangkan.
Keluarkan, dan gaul salad buah-buahan tadi dengan sos yang sudah disediakan.
Jika mahu, boleh juga tabur dengan sedikit parutan keju dan kismis.

No comments:

Post a Comment