L'arome Apple Stem Cell: December 2014

Sunday, December 28, 2014

PILIHAN NUTRIEN YANG BETUL


Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut ketika memilih dan menyediakan makanan.

  • Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.
  • Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga seperti nasi, roti, mi dan ubi.
  • Juga pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Biasakan memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.
  • Pilih makanan yang membekalkan protin seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang.
  • Pilih makanan yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju dan dadih. Makanan lain

KELUARGA MEMERLUKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG SETIAP HARI



Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga :


SARAPAN PAGI
  • Hidangkan sarapan yang berkhasiat.
  • Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka selera dan pembekal serat.
  • Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Hidangkan makanan ini dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.

PANDUAN PEMAKANAN YANG SIHAT



Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga dipenuhi adalah dengan mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu :

  • Makan pelbagai jenis makanan

Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk memilih makanan sekeluarga.


  • Makan bijirin dan kekacang secukupnya

Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat terutamanya bijirin atau hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun.

Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan protin dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang dhal.


  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran


Saturday, December 20, 2014

KELEBIHAN JAMBU BATU GUAVA


1. Jambu batu atau Psidium guajava merupakan sejenis tumbuhan perdu yang banyak cabang. Tingginya dapat mencapai 12 meter, manakala daunnya berbentuk bulat telur, kasar dan kusam. Ianya juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisi serta banyak biji.

2. Tumbuhan ini banyak ditanam di ladang di dalaman rumah dan di tanah-tanah yang berbatu. Tumbuhan ini boleh sampai pada ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini termasuk dalam famili atau suku Myrtaceae.

3. Tumbuhan ini mengandungi tanin pada daun, kulit batang dan buahnya. Ia juga mengandungi banyak lemak, damar, minyak menguap dan garam-garam mineral. Jambu batu juga mengandungi avikularin dan guaijaverin

Monday, December 15, 2014

KEBAIKAN DAUN SIRIH UTK KESIHATAN


Nenek moyang kita sering menjadikan daun sirih sebagai ramuan untuk 'nginang'. Bahannya terdiri dari daun sirih, kapur sirih, pinang, gambir, dan kapulaga. Selain itu daun sirih juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional untuk mengatasi pelbagai penyakit. Berikut ini beberapa manfaat daun sirih untuk kesihatan dan perubatan.

1. Merawat keputihan
Rebus 7-10 helai daun sirih dalam 2.5 liter air hingga mendidih. Gunakan air rebusan daun sirih tersebut selagi masih hangat untuk membasuh kawasan kemaluan. Lakukan secara berulang-ulang.

2. Merawat gatal alergi dan biduran
Sediakan 6 helai daun sirih, 1 potong halia kuning dan 1.5 sudu makan minyak kayu putih. Semua bahan tersebut ditumbuk bersama-sama hingga halus. Kemudian ramuan tersebut dioleskan / digosokkan pada bahagian badan yang gatal-gatal kerana alergi atau biduran.

3. Merawat cirit-birit

Sunday, December 14, 2014

KELEBIHAN AVOCADO & BIJINYA UTK KESIHATAN


Buah Alpukat dan Bijinya Buah avokado merupakan buah yang sangat popular di Malaysia. Selain rasanya yang sangat enak, buah avokado juga kaya akan kandungan vitamin dan mineral yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh. Buah alpukat yang sudah masak biasa dijadikan jus, atau dimakan begitu saja bersama gula dan madu.

Dalam buah alpukatt atau sering disebut avokado sekurang-kurangnya mengandungi 11 vitamin dan 14 mineral yang bermanfaat. Avokado kaya akan protein, riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), potasium (kalium), dan vitamin C. Selain itu, buah avokado juga mengandungi asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan jantung, menurunkan kolesterol dan untuk otak .

Namun, bukan hanya buahnya saja yang bermanfaat. Biji dan daun alpukat juga sering dijadikan sebagai bahan untuk rawatan tradisional. Misalnya untuk merawat batu karang, darah tinggi, sakit kepala dan kencing manis.

Saturday, December 13, 2014

KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA


Minyak kelapa dara memang sudah terbukti tentang khasiat dan keberkesanannya. Memang tidak dapat dinafikan lagi minyak kelapa dara banyak memberi manfaat untuk kesihatan manusia secara keseluruhannya.

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar pakar negara barat sejak awal tahun 1930 an lagi. Kebanyakkan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian mereka.

minyak kelapa dara catalyst

Buah kelapa sebagai sumber asas membuat minyak kelapa dara

Pakar pakar tersebut telah merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil

Friday, December 5, 2014

CARA MUDAH MENGURUT BADAN


Ini adalah cara orang malas untuk mengurangkan berat badan. Ia membakar beratus-ratus kalori walaupun anda hanya duduk di depan komputer. Ia juga meningkatkan metabolisma.

Apa yang anda perlukan cuma air, madu dan kulit kayu manis.

Bahan-bahan

2 sudu teh madu (pastikan guna sudu plastik atau kayu)
1 sudu teh kulit kayu manis
1 cawan / 8oz / 237ml air
Cara-caranya

KHASIAT KACANG BENDI

✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

LANGSING DAN MUDAH DENGAN ASAM GELUGUR


Asam gelugur yang Nama Botaninya Garcinia Cambogia - juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis, asam gelugo, atau asam keping dalam bahasa Malaysia, Tumbuhan liar ini didapati di banyak tempat di Asia dan Malaysia terutama dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun temurun.

Kandungan Khasiat Buah Asam Gelugur/Keping

Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa masakan asam pedas, dsb. Ianya juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukkan.