L'arome Apple Stem Cell: KEBAIKAN DAUN SIRIH UTK KESIHATAN

Monday, December 15, 2014

KEBAIKAN DAUN SIRIH UTK KESIHATAN


Nenek moyang kita sering menjadikan daun sirih sebagai ramuan untuk 'nginang'. Bahannya terdiri dari daun sirih, kapur sirih, pinang, gambir, dan kapulaga. Selain itu daun sirih juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional untuk mengatasi pelbagai penyakit. Berikut ini beberapa manfaat daun sirih untuk kesihatan dan perubatan.

1. Merawat keputihan
Rebus 7-10 helai daun sirih dalam 2.5 liter air hingga mendidih. Gunakan air rebusan daun sirih tersebut selagi masih hangat untuk membasuh kawasan kemaluan. Lakukan secara berulang-ulang.

2. Merawat gatal alergi dan biduran
Sediakan 6 helai daun sirih, 1 potong halia kuning dan 1.5 sudu makan minyak kayu putih. Semua bahan tersebut ditumbuk bersama-sama hingga halus. Kemudian ramuan tersebut dioleskan / digosokkan pada bahagian badan yang gatal-gatal kerana alergi atau biduran.

3. Merawat cirit-birit
Sediakan 4 - 6 helai daun sirih, 6 biji lada dan 1 sudu makan minyak kelapa. Semua bahan tersebut ditumbuk bersama-sama hingga halus. Gosokkan ramuan tersebut di bahagian perut dan biarkan hingga kering.

4. Merawat gusi berdarah
Jika anda mengalami pendarahan pada gusi, jangan bimbang, obati saja dengan daun sirih. Caranya, ambil 4 helai daun sirih kemudian direbus dengan dua gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk, air rebusan tersebut digunakan untuk berkumur. Lakukan berulang-ulang hingga sembuh.

5. Merawat hidung berdarah
Hidung berdarah adalah keluarnya darah dari hidung. Anda boleh mengubatinya menggunakan daun sirih. Ambil satu helai daun sirih kemudian ditekan-tekan agar agak layu. Gulung dan cocokkan ke dalam hidung untuk menyumbat pendarahan.

6. Merawat gigi berlubang
Jika anda megalami sakit gigi kerana gigi berlubang, akan ambil satu helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air hingga mendidih. Air rebusan daun sirih tersebut digunakan untuk berkumur. Lakukan erulang-ulang hingga sembuh.

7. Merawat batuk
Sediakan 4 helai daun sirih, 3 helai daun bidara upas dan madu secukupnya. Daun sirih dihiris-hiris, kemudian direbus bersama daun bidara upas dalam 2 gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk, tambah madu secukupnya, kemudian ramuan tersebut dibuat untuk berkumur. Usahakan untuk menjangkau daerah kerongkong.

8. Mengurangkan pengeluaran ASI
Pengeluaran ASI yang berlebihan tentu tidak bagus dan pembaziran. Anda boleh mengatasinya dengan menggunakan daun sirih. Caranya mudah, ambil 4 helai daun sirih dan sapukan dengan minyak kelapa. Selepas itu panggang diatas api, jangan sampai hangus terbakar. Dalam keadaan masih hangat, daun sirih tersebut ditampal di sekitar payudara.

9. Penyakit jantung
Sediakan 3 helai daun sirih, 7 pasang biji kemukus, 3 ulas bawang merah, dan 1 sudu makan jintan putih. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga halus, ditambah 5 sudu air panas, dibiarkan beberapa minit, kemudian diperah dan ditapis. Ramuan tersebut diminum 2 kali 1 hari dan dilakukan secara teratur.

10. Penyakit Sfilis
Siapkan 25 - 30 helai daun sirih bersama tangkainya, 1/4 kg gula aren dan garam dapur secukupnya. Semua bahan tersebut direbus bersama dengan 2 liter air hingga mendidih, kemudian ditapis. Ramuan tersebut diminum 3 kali 1 hari secara terus menerus.

11. Bronkhitis
Sediakan 7 helai daun sirih dan 1 potong gula batu. Daun sirih dipotong, kemudian direbus bersama gula batu dengan air 2 gelas hingga mendidih hingga tinggal 1 gelas, dan ditapis. Ramuan tersebut diminum 3 kali sehari 3 sudu makan.

No comments:

Post a Comment