L'arome Apple Stem Cell: CARA MUDAH MENGURUT BADAN

Friday, December 5, 2014

CARA MUDAH MENGURUT BADAN


Ini adalah cara orang malas untuk mengurangkan berat badan. Ia membakar beratus-ratus kalori walaupun anda hanya duduk di depan komputer. Ia juga meningkatkan metabolisma.

Apa yang anda perlukan cuma air, madu dan kulit kayu manis.

Bahan-bahan

2 sudu teh madu (pastikan guna sudu plastik atau kayu)
1 sudu teh kulit kayu manis
1 cawan / 8oz / 237ml air
Cara-caranya
Masak air sehingga mendidih.
Tuangkan air mendidih tadi ke dalam cawan yang berisi serbuk kulit kayu manis. Tutup cawan dan biarkan sehingga air cukup suam untuk diminum.
Tambahkan madu kepada air yang telah sejuk/suam ini. Jangan tambah madu semasa air panas kerana kepanasan boleh memusnahkan enzim dan lain-lain khasiat madu.
Minum separuh daripada campuran ini sebelum tidur. Separuh lagi simpan di dalam bekas tertutup dan masukkan ke dalam peti ais. Minum terus esok paginya sebaik sahaja bangun daripada tidur. Janan panaskan semula.
Resipi ini inshaAllah berkesan jika diminum semasa perut kosong.

No comments:

Post a Comment