L'arome Apple Stem Cell

Sunday, January 25, 2015

JOM Ber'AEROBIK!


Senam aerobik dikatakan sangat efektif dan bermanfaat untuk menurunkan berat badan. Selain menurunkan berat badan, senam aerobik ini juga dikatakan mampu menjaga kesihatan jantung dan paru-paru. Bahkan ia juga mampu membakar 680 kalori setiap jam.

BAGUSNYA SENAM AEROBIK
* Senaman aerobik merupakan bentuk senaman kardiovaskular yang membantu membuat jantung menjadi lebih kuat. Ketika melakukan aerobik, jantung akan memproses lebih banyak oksigen dan meningkatkan kekuatan pengepaman darah.

* Senaman aerobik secara teratur membantu mengurangkan kolesterol dalam arteri sekaligus melancarkan perjalanan darah.

* Senaman aerobik berguna untuk membakar lebihan lemak sehingga mengurangkan risiko pelbagai

JANGAN BERLEBIHAN KETIKA BERSENAM


Kesungguhan dan ketekunan melakukan senaman semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing dan menarik bukanlah cara yang terbaik. Silap haribulan, timbul masalah lain pada tubuh anda akibat bersenam secara berlebihan. Mungkin inilah yang akan anda rasai:-

SAKIT SENDI TULANG
• Rasa sakit pada sendi tulang di bahagian lutut, siku dan pergelangan tangan adalah tanda bahawa anda telah melakukan latihan yang berlebihan. Sama ada terlalu banyak ulangan pada latihan atau menggunakan alat berat dengan bebanan yang terlalu besar. Mungkin rasa sakit juga boleh terjadi jika anda menggunakan alat senaman itu dengan cara dan teknik yang salah.

• Sebaliknya, jika anda merasa sakit pada bahagian otot, itu menandakan otot anda terbentuk dan menjadi lebih kuat.

TETAP BERLATIH WALAUPUN TERASA SAKIT
• Ketika anda melakukan senaman dan mula terasa sakit, segeralah berhenti. Jika anda terus memaksa