L'arome Apple Stem Cell: BADAN KURUS TAPI PERUT BUNCIT

Sunday, January 4, 2015

BADAN KURUS TAPI PERUT BUNCIT



Saya ada masalah. Hasil usaha berdiet selama 3 bulan, saya dah berjaya menurunkan berat badan. Masalahnya ialah walaupun berat badan tu dah turun tapi pada bahagian perut saya masih kelihatan buncit. Jadi, saya nak minta pandangan bagaimanakan cara untuk saya berusaha mengempiskan perut yang buncit ni?


Jawapan:

Jika diteliti pandangan beberapa pakar Barat yang dah membuat kajian puluhan tahun berkenaan program diet dan isu penurunan berat badan, dinyatakan bahawa kaedah menurunkan berat badan yang terbaik ialah bilamana lemak-lemak di setiap bahagian tubuh dapat diturunkan secara seimbang dan sama rata. Maksudnya tak ada bahagian tubuh yang pembuangan lemaknya melebihi bahagian yang lain, yang mana lazim dialami oleh mereka yang menjalani rawatan 'menyedut lemak' (yang berisiko tinggi).

Kebanyakan pakar turut mengakui bahawa 'lemak' atau lebihan berat (excess baggage) yang paling sukar 'dibuang' ialah pada bahagian perut. Malahan ada yang menyatakan adalah hampir mustahil
untuk mengatasi masalah perut buncit.

Namun, sebahagian pakar tetap tidak berputus harap dan menyatakan masih ada langkah yang boleh dilakukan bagi memerangi lemak-lemak di perut dan sekaligus mengatasi masalah perut buncit. Syor yang pertama ialah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat. Ini kerana makanan yang banyak serat membantu melancarkan proses pencernaan. Justeru, ia dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk proses pelawasan makanan.

Syor yang kedua pula ialah dengan mengamalkan pengambilan 'bakteria baik' melalui pengambilan susu berkultur kerana menurut kajian, bakteria baik dikatakan turut membantu proses pencernaan makanan.

Selain itu, seeloknya lakukan juga aktiviti senaman yang ditumpukan khusus pada bahagian perut seperti senaman 'sit-up'.

No comments:

Post a Comment