L'arome Apple Stem Cell: WAKTU YANG SESUAI MENIMBANG BERAT

Sunday, January 4, 2015

WAKTU YANG SESUAI MENIMBANG BERAT



Ramai yang berpendapat waktu yang paling sesuai untuk menimbang berat ialah pada sebelah awal pagi iaitu sebelum kita menjamah apa-apa makanan.

Sebenarnya, tak menjadi hal sangat pun. Kita boleh saja menimbang berat pada bila-bila masa. Samada pada sebelah pagi, tengahari, petang atau malam..... no problem. Ikut lah citarasa masing-masing.

Walau bagaimanapun, ada baiknya jika kita memilih waktu yang sama setiap kali untuk menimbang berat badan. Contohnya, jika sebelum ini kita dah ambil timbangan pada pukul 8 malam, so pastikan jadual menimbang berat yang seterusnya dilakukan pada waktu yang sama. Kalau yang suka timbang
seminggu sekali tu, eloklah timbang pada hari yang sama di kala waktu yang sama pada minggu berikutnya.

Bagi wanita pula, ada pula saranan khusus supaya tidak membuat perbandingan timbangan ketika sedang 'PERIOD' Ini kerana dikatakan pada waktu datang haid, tubuh wanita meyimpan lebih banyak air kerana berlaku perubahan hormon.

No comments:

Post a Comment