L'arome Apple Stem Cell: KURANGKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

Sunday, January 4, 2015

KURANGKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT



Bertahun-tahun kita kumpul lemak kat badan, tetiba satu hari timbul rasa hati nak buang segala lemak dan nak kurangkan berat dengan cepat. Hmm.. ini lah agaknya dilema yang selalu dialami oleh mereka yang bakal berkahwin. Ataupun mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja bila tiba-tiba "SERU" itu datang...!

Selepas dah memasang tekad nak kurus, timbul lah pula persoalan: boleh ker kurangkan berat badan dengan cepat? Possible ker atau ianya satu perkara yang hanya berlaku dalam gambar iklan ubat kurus..:)

Ohh.. dalam menjawab persoalan ini sebenarnya bergantung juga lah kepada persepsi masing-masing berkenaan tempoh masa yang dikatakan 'cepat' tu. Bagi sesetengah orang maksud cepat tu mungkin 2-3 bulan, ada pula kata berminggu-minggu dan ada pula yang memang tahap ekstrem yang nak tengok kesannya dalam sejam sehari atau paling lambat pun 2-3 hari.

Tahu kah anda bahawa sebenarnya tak mustahil pun nak kurangkan berat dengan pantas, jika kena caranya - makan dengan teratur dan rajin bersenam. Ini diakui sendiri oleh Michael Dansinger, iaitu
Pengarah Urusan program rancangan The Biggest Loser.

Katanya jika kita kurangkan pengambilan garam (sodium) dan kanji (starches) dalam makanan yang diambil, tubuh kita akan mampu mengurangkan pengumpulan cecair tubuh (fluids retention), sekaligus mampu mengurangkan berat dalam badan sehingga 2.27 kilogram (atau bersamaan 5 paun) terutamanya di kalangan mereka yang baru mula berdiet.

Walau bagaimanapun, berat yang berjaya dikurangkan tu sebenarnya lebih kepada berat air (body fluids) dan bukannya hasil penyingkiran lemak.

Lemak yang dikumpul bertahun-tahun tu tentu saja bukan mudah nak disingkirkan dalam tempoh yang singkat. Namun, bagi yang meneruskan usaha dan pandai mengawal 'nafsu' pastinya akan memperolehi hasilnya.

Hasil yang seringkali direkodkan bilamana dibuat kajian, ialah sekiranya tubuh mampu membakar sebanyak 500 kalori lebih banyak berbanding jumlah kalori yang diambil setiap hari, maka dalam tempoh seminggu lazimnya berat badan akan berkurangan antara 0.45kg ke 0.91kg (penurunan sebanyak 1-2 paun seminggu).

Sekiranya seseorang itu berhasrat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat, maka hendaklah kurangkan lagi makanan atau jumlah kalori yang diambil dan lebihkan exercise.

Tapi jangan lah berlebih-lebihan pula bersenam sedangkan badan tak cukup tenaga sebab kurang makan.Biar sederhana.

Sebagai contoh, sekiranya kita makan atau ambil 1,050 - 1,200 kalori sehari, dan melakukan senaman selama satu jam sehari, maka berat mampu dikurangkan antara 1.36 kg hingga 2.27 kg (3-5 paun) dalam tempoh minggu yang pertama, dan mungkin lebih lagi sekiranya individu itu memiliki berat melebihi 113 kg (250 paun).

Namun, perlu juga berwaspada dalam hal ini kerana tubuh kita juga memerlukan makanan (tenaga) yang secukupnya untuk berfungsi. Dalam kes pengambilan kalori antara 1,020 - 1,200 itu  dah dikira tahap minima. Jika dikurangkan lagi pengambilan kalori sehingga lebih rendah daripada itu - ianya satu tindakan yang kurang bijak dan membahayakan kerana akhirnya akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan tubuh badan.

No comments:

Post a Comment