L'arome Apple Stem Cell: 11 KELEBIHAN BE-JOGGING

Friday, November 14, 2014

11 KELEBIHAN BE-JOGGING



1. Jantung

Jogging merupakan salah satu cara yang efektif untuk menggalakkan otot jantung anda "bekerja". Dengan jogging secara kerap, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih bagus dan secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.

2. Berat Badan

Bagi yang nak jaga badan tu, jogging adalah satu cara yang sangat bagus. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Dalam bahasa mudahnya, untuk kurus kalori perlu dibakar. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.

3. Osteoporosis

Jika anda jogging secara tetap, anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa

yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.

4. Mental

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.

5. Tidur

Jogging juga mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena pada waktu malam. Bagus untuk pengidap imsonia..

6. Tekanan

Jogging meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur.

7. Rasa Bahagia

Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. Di kalangan pelari, simptom bahagia ini dipanggil sebagai "Runner's High".

8. Kerungsingan

Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood.

9. Imunisasi

Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda adalah kuat.

10. Otak 

Semasa jogging, darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir di dalam otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih produktif.

11. Kulit

Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih mulus.

Begitulah 11 kebaikan yang boleh diperolehi daripada aktiviti jogging ini. Ada lagi tapi kali ni saya kongsi yang ni dulu ok.. Next time saya tambah lagi..

Perlu diingatkan jika anda nak melihat keefektifannya, aktiviti jogging perlu dilakukan secara konsisten atau istiqomah. Jika tidak tubuh badan anda susah untuk di"program"kan mengikut apa yang anda nak. Hah apa lagi? Pegi ambik kasut tu petang ni jugak kita jogging!

No comments:

Post a Comment