L'arome Apple Stem Cell: SENAMAN KECIKAN LENGAN

Saturday, November 15, 2014

SENAMAN KECIKAN LENGAN


 Jaga pemakanan
Antara makanan yang harus diutamakan untuk mendapatkan lengan yang kurus adalah 

**buah-buahan, 
**sayur-sayuran,
**daging,
**bijiran,
**produk berasaskan tenusu
**serta makanan yang mempunyai karbohidrat yang rendah.

Melalui pengambilan pemakanan yang disebutkan, ia akan memudahkan anda untuk mendapatkan lengan yang kurus.

➡ Melakukan senaman aerobik

Senaman aerobik juga akan membantu seseorang untuk mendapatkan saiz lengan yang kurus.


Antara kaedah yang selalu digunakan adalah melalui

**latihan kincir angina atau lebih dikenali sebagai “windmill”.

Cara senaman windmill adalah dengan mengangkat kedua belah tangan seperti kedudukan kincir angin serta tangan kanan anda cuba untuk mencapai hadapan kaki kiri. Setelah itu, anda bangun dan mengulang kembali pergerakan dengan menggunakan tangan kiri bagi mencapai hadapan kaki kanan. Lakukan senaman ini akan membuatkan anda mempunyai lengan tangan yang lebih kurus dan ideal.

➡ Angkat berat

anda boleh membuatlah latihan angkat berat tersebut 3 kali seminggu. Lakukan mengikut kemampuan anda dan anda juga boleh membuat latihan tersebut di rumah dengan membeli peralatan angkat berat atau mencuba cara lain seperti mengangkat botol yang berisi air.

➡ Senaman push-up

Anda boleh melakukan senaman push-up dimana sahaja mengikut keselesaan anda dan pastinya di rumah adalah lebih baik untuk melakukan senaman tersebut. Jadikan push-up sebagai rutin harian agar misi untuk mendapatkan lengan yang kurus tercapai dengan waktu yang lebih cepat.

➡ Minum air

minum air sebanyak 8 gelas dalam masa sehari kerana ia akan membantu mengekalkan tahap kesihatan anda dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment