L'arome Apple Stem Cell: MINUMAN UNTUK PERUT YANG SIHAT

Wednesday, November 19, 2014

MINUMAN UNTUK PERUT YANG SIHAT


1. Jus Epal & Jus Tomato

Buah epal ini kaya dengan micronutrients ataupun nutrisi makro. Fungsinya iaitu menekan nafsu makan sehingga membantu program diet anda berjalan dengan lancar. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah serta kadar gula darah. Begitu juga dengan jus tomato yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh.

2. Jus Grapefruit

Target anda tertumpu pada pembakaran lemak. Salah satu caranya adalah dengan meminum jus grapefruit dan pengambilan buah ini sepanjang hari. Grapefruit mengandungi enzim pembakar lemak yang membantu untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

3. Jus Oren

Oren merupakan sumber vitamin C, potassium serta folat, dan hanya mengandungi 110 kalori. Bahkan

kandungan asidnya selain berguna bagi menurunkan berat badan, juga sangat berguna untuk menyingkirkan racun dari tubuh.

4.Jus Strawberi

Mengandungi asid alergik yang bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas yang masuk ke dalam tumbuh, membersihkan sistem penghadaman, mengawal kadar kolesterol serta melambatkan pertumbuhan sel tumor pada paru-paru, payudara dan rahim.

5.Jus Jambu

Ternyata banyak manfaat yang terkandung dalam jus jambu. Antaranya dapat mengurangi kolesterol dalam darah dan menurunkan tekanan darah, menurunkan berat badan serta dapat mencegah ulser mulut.

6. Jus Tembikai & Jus Melon

Keduanya memiliki kandungan air yang banyak, tetapi memiliki kadungan kalori yang rendah. Jika melon banyak mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk tubuh, tembikai juga banyak mengandugi zat besi, sama seperti yang terdapat pada bayam.

No comments:

Post a Comment