L'arome Apple Stem Cell: MAKANAN SEGERA BUATKAN ANDA TUA?

Thursday, November 20, 2014

MAKANAN SEGERA BUATKAN ANDA TUA?


Melalui satu penyelidikan yang dijalankan oleh pakar dari Universiti Glasgow, mendapati bahawa individu yang kerap mengambil makanan segera seperti burger, piza, kentang goreng dan minuman berkarbonat, akan kelihatan lebih tua dari usia mereka yang sebenar.

Jadi jika kita tak mahu kelihatan tua dari usia sebenar kita, hentikanlah tabiat mengambil makanan segera ni ya! Bukannya tak boleh langsung, tapi hadkan pengambilannya. Inilah yang sebaik-baiknya 

Di samping itu juga, makanan segera memang banyak memberi kesan buruk terhadap kesihatan
tubuh badan kita disebabkan penggunaan bahan pengawet yang tekandung didalamnya.

Makanan segera ini adalah makanan yang diproses dan diawet untuk memastikan ianya tahan lama. Dan sebab inilah penggunaan bahan pengawet didalamnya adalah tinggi.

Selain itu juga, kandungan lemak dalam makanan segera adalah lebih tinggi berbanding daripada bahan mentah biasa.

Memakan makanan segera dalam kuantiti yang tak terkawal akan mendedahkan tubuh badan kita kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti obesiti, kenaikan tahap kolesterol, pembuluh darah tersumbat dan pelbagai penyakit lain lagi.

Jadi marilah kita ambil langkah untuk mencegahnya daripada merawatnya ya.

No comments:

Post a Comment