L'arome Apple Stem Cell: 6 Penyebab Berat Badan Meningkat

Saturday, April 19, 2014

6 Penyebab Berat Badan Meningkat



CareerBuilder.com telah melakukan kajian untuk mengetahui penyebab seseorang itu gemuk ketika berada di pejabat. Antaranya ialah:

1. Makan Kerana Stres
 Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37% responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat  sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak.
Ketika stres, jangan sesekali terus mengambil kerepek kentang atau biskut. Sebaliknya, cubalah untuk menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Jika ingin juga mengunyah, bawalah snek sihat dari rumah seperti kacang atau buah-buahan.

2. Makan Tengahari Di Luar
Sebanyak 20% responden mengatakan makan tengahari di luar pejabat turut menambahkan berat badan. Ini kerana, kita tidak tahu pengolah makanan dan  berapa jumlah kalori dari makanan yang disediakan.
Sebaiknya, bawalah bekal dari rumah. Bukan sahaja sihat dan murah tetapi anda boleh menentukan bahan yang ingin dimasukkan dalam makanan

3. Melewatkan Waktu makan
19% pekerja mengaku mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar, anda lebih cenderung untuk makan berlebihan.
Untuk mencegahnya atau tidak sempat makan, sediakan yogurt, buah atau snek yang berisi campuran buah kering dan kacang. Makanlah seketika untuk mengalas perut dan supaya anda tidak makan tengahari dengan terlalu banyak.

4. Menyambut Perayaan
Ketika anda dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, anda lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza.
Bayangkan dalam sebulan ada 5-6 sambutan yang  dilakukan, belum lagi dengan hidangan makanan yang enak. Ini boleh menambahkan kalori dalam badan. Untuk atasinya, anda boleh makan apa yang disediakan tetapi kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan kawan yang lain.

5. Mengunyah Gula-gula Getah
Sebanyak 16% responden mengatakan mereka tidak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli. Walau bagaimanapun, anda boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air.
Jika keinginan datang, segeralah minum segelas air putih agar perut terasa kenyang dan menahan daripada mengunyah lagi.

6. Snek Dari Kawan Sepejabat
Penyebab lain adalah godaan untuk menikmati snek yang dibawa oleh rakan sekerja. 10% responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila kawan sekerja membawa sekotak donat atau sebekas kek yang enak. 

No comments:

Post a Comment