L'arome Apple Stem Cell: 11 Trik kuruskan badan

Monday, April 7, 2014

11 Trik kuruskan badan


Kamu sukar mengawal selera makan di saat ke majlis yang melibatkan makan-makan ? Tak menjadi masalah, jangan panik! Ada beberapa trik untuk kamu kekal berdiet walau ke tempat yang penuh dengan makanan.

1- Kamu bercadang untuk menghadiri majlis makan malam ? Sebelum kamu pergi, apa kata kamu makan sebiji epal, sebiji telur rebus, teh atau soda diet. Kaedah ini membantu mengawal nafsu makan kamu saat berada di meja makan nanti.
2- Jangan "membuatkan" tubuh kamu semakin gemuk! Kawal makanan dan elakan daripada "memenuhi" segala permintaan perut.
3- Bawa bekal ke pejabat atau kelas cara ini bukan sahaja menjimatkan pembelanjaan malah dapat mengawal pengambilan makanan seharian kamu.
4- Amalkan makan makanan yang rendah kalori terlebih dahulu sebelum mula menikmati menu-menu lain. Mulakan dengan salad, sayuran buah-buahan ataupun sup kemudian akhiri dengan menu berat seperti daging.
5- cuba amalkan diet tanpa gula selama dua minggu. Lama kelamaan nafsu makan kamu yang 'aneh' itu akan dapat dikawal dengan baik.
6- Lebihkan sayuran dan buah-buahan! Pastikan kedua-dua makanan hebat ini termasuk di dalam menu hairan kamu.
7- Jadikan senaman sebagai satu aktiviti wajib! Jika kamu terasa jangal untuk bersenam sendiri, pelawa teman-teman atau keluarga untuk bersenam bersama.
8- Untuk jamuan makan malam, elakkan pinggan atau piring  yang saiznya lebih kecil, dengan cara ini kamu dapat mengawal jumlah makanan yang kamu makan.
9- Sarapan pagi, makan tengah hari dan makam malam sangat penting buat kamu yang berdiet. Jadi penting untuk kamu mengubah jadual makan malammu. Mulai hari ini biasakan makan sebelum jam 8.
10- Fokus untuk sihat! Buat peringatan ‘I’m on diet!’ dan tampalkan di pintu peti ais, tudung saji, atau bekas makanan berisi biskut atau snek.
11- Gosok gigi selepas makan, ia akan mengingatkan kamu bahawa masa untuk makan sudah tamat.

No comments:

Post a Comment