L'arome Apple Stem Cell

Sunday, December 28, 2014

PILIHAN NUTRIEN YANG BETUL


Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut ketika memilih dan menyediakan makanan.

  • Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.
  • Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga seperti nasi, roti, mi dan ubi.
  • Juga pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Biasakan memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.
  • Pilih makanan yang membekalkan protin seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang.
  • Pilih makanan yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju dan dadih. Makanan lain

KELUARGA MEMERLUKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG SETIAP HARI



Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga :


SARAPAN PAGI
  • Hidangkan sarapan yang berkhasiat.
  • Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka selera dan pembekal serat.
  • Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Hidangkan makanan ini dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.