L'arome Apple Stem Cell

Tuesday, April 29, 2014

Menu Ringkas ‘Sweet Tomatoes Bruschetta’ Untuk Berdiet


Bagi penggemar makanan Italy, anda pasti sangat familiar dengan ‘bruschetta’. Ia adalah masakan berasaskan roti  bernama ‘French bread eggs’ yang dibakar bersama sayur-sayuran seperti tomato dan pelbagai lagi. ‘Bruschetta’sesuai dijadikan sebagai snek sihat  jika anda terasa lapar. Namun, kandungan bahan untuk dijadikan ‘topping’ haruslah dikawal. 

Friday, April 25, 2014

Diet 17 Hari


Kaedah Yang Digunakan:
Diet ini adalah untuk mengubah pola makan setiap 17 hari sebelum badan dapat menerima kebiasaan makanan yang diambil dalam menjaga metabolisme. Dimulakan dengan makanan rendah kalori. Kemudian, berubah kepada 1500 kalori per hari dan tahap ketiga makan sesuka hati pada hujung minggu.

Mengapa Tidak Berhasil:
Usah keliru dengan idea dengan tidak makan pada hari biasa, sebaliknya makan apa sahaja pada hujung minggu.
Malah, tidak ada bukti  diet ini mempercepatkan metabolisme badan. Jangan manjakan diri pada hujung minggu dan tidak salah anda mengambil sedikit makanan yang disukai setiap hari asalkan dalam hidangan yang kecil.