L'arome Apple Stem Cell

Sunday, January 4, 2015

KALORI ANGGUR



Buah Anggur* saiz hidangan = 1 cawan atau bersamaan 92 gram

62 kalori

* saiz 1 biji atau bersamaan 2.8 gram = 2 kalori


Kandungan Nutrisi (1 cawan) :

  • LEMAK 0.3 gram 
  • KOLESTEROL 0 
  • KARBOHIDRAT 15.8 gram
  • PROTEIN 0.6 gram
  • KALSIUM 12.9 miligram
  • POTASSIUM 175.7 miligram


Bagaimana nak membakar 62 kalori

  1. Untuk membakar 62 kalori anggur, anda boleh lakukan salah satu daripada aktiviti berikut:
  2. Berjalan kaki selama 17 minit
  3. Jogging selama 7 minit
  4. Berenang selama 5 minit
  5. Mengayuh basikal selama 9 minit


Nota: Pengiraan untuk wanita berusia 35 tahun dengan ketinggian 170 cm dan berat 65 kg.

BADAN KURUS TAPI PERUT BUNCIT



Saya ada masalah. Hasil usaha berdiet selama 3 bulan, saya dah berjaya menurunkan berat badan. Masalahnya ialah walaupun berat badan tu dah turun tapi pada bahagian perut saya masih kelihatan buncit. Jadi, saya nak minta pandangan bagaimanakan cara untuk saya berusaha mengempiskan perut yang buncit ni?


Jawapan:

Jika diteliti pandangan beberapa pakar Barat yang dah membuat kajian puluhan tahun berkenaan program diet dan isu penurunan berat badan, dinyatakan bahawa kaedah menurunkan berat badan yang terbaik ialah bilamana lemak-lemak di setiap bahagian tubuh dapat diturunkan secara seimbang dan sama rata. Maksudnya tak ada bahagian tubuh yang pembuangan lemaknya melebihi bahagian yang lain, yang mana lazim dialami oleh mereka yang menjalani rawatan 'menyedut lemak' (yang berisiko tinggi).

Kebanyakan pakar turut mengakui bahawa 'lemak' atau lebihan berat (excess baggage) yang paling sukar 'dibuang' ialah pada bahagian perut. Malahan ada yang menyatakan adalah hampir mustahil